comscore
Tumpuan :
Dunia

Amerika Syarikat salur peluru uranium ‘depleted’ kepada Ukraine

KYIV: Amerika Syarikat akan membekalkan peluru uranium ‘depleted’ kepada Ukraine.

Ia sebahagian daripada bantuan ketenteraan dan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion yang diumumkan Washington.

Peluru berkenaan antara alat ketenteraan bernilai AS$175 juta yang akan diambil daripada simpanan Amerika Syarikat untuk Kyiv bagi kegunaan kereta kebal M1 Abrams yang dijangka dihantar ke Ukraine sebelum akhir tahun ini.

Peluru uranium ‘depleted’ adalah senjata kontroversi yang memberi kesan terhadap masalah kesihatan seperti kanser dan kecacatan sejak lahir.

Namun ia sebahagian daripada senjata tentera kebanyakan negara, termasuk Amerika Syarikat serta Rusia, dan penggunaannya tidak dilarang bawah undang-undang antarabangsa.

Menurut Pentagon dalam satu kenyataan, pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$175 juta untuk Ukraine itu merangkumi peluru berpandu anti-kereta kebal, peluru mortar dan artileri, peluru senjata api kecil, dan peluru pemusnah halangan.

Loading...
Terkini