comscore
Tumpuan :
Dunia

 Amir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu 

Amir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. – FOTO: Reuters

DOHA: Amir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, mengeluarkan dekri membubarkan parlimen yang dipilih pada awal April, lapor Sputnik.

“Berdasarkan kepentingan tertinggi negara, kami memerintahkan yang berikut: pertama, membubarkan parlimen, dan kedua, menggantung operasi beberapa klausa perlembagaan selama tidak lebih dari empat tahun,” menurut dekri yang dibacakan di Televisyen Pusat Kuwait.

Selain itu, Sheikh Mishal  memutuskan bahawa beberapa kuasa parlimen akan dipindahkan kepada Amir Kuwait dan kerajaan.

Sebagaimana titah baginda selepas pembubaran parlimen, Sheikh Mishal bertitah “tidak akan membenarkan demokrasi digunakan untuk memusnahkan negara.”

Pilihan raya awal Parlimen Kuwait telah diadakan pada 4 April untuk kali kelima dalam tempoh dua tahun berikutan konflik antara cabang eksekutif dan perundangan negara itu. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini