comscore
Tumpuan :
Dunia

Amir Kuwait terima peletakan jawatan Menteri Minyak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Minyak Imad Mohammad Al-Atiqi

KUWAIT CITY: Amir Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada Ahad berkenan menerima peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Minyak Imad Mohammad Al-Atiqi, lapor Xinhua yang memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Sementara itu, Amir Kuwait berkenan melantik Nora Al-Fassam, Menteri Kewangan dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Pelaburan sebagai pemangku menteri minyak.

Al-Atiqi dilantik sebagai menteri minyak pada 17 Januari dalam kerajaan yang dibentuk oleh bekas Perdana Menteri Sheikh Mohammad Sabah Al-Salem Al-Sabah.

Al-Fassam mengambil alih peranannya dalam kerajaan Perdana Menteri semasa Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah yang ditubuhkan pada 12 Mei.  — BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini