comscore
Tumpuan :
Dunia

Anak pegawai kanan polis dibunuh kerana hutang

NEW DELHI: Anak lelaki kepada seorang pegawai kanan polis mati dibunuh rakannya hanya kerana berhutang.

Kejadian berlaku selepas mangsa dan suspek pulang dari menghadiri majlis perkahwinan di Haryana di utara India, lapor NDTV.

Menurut laporan, Lakshya Chauhan, 24, yang juga seorang peguam di mahkamah Tis Hazari, didakwa ditolak ke dalam terusan oleh dua rakannya, Vikas Bhardwaj dan Abhishek selepas berlaku pertengkaran membabitkan soal kewangan.

Bagaimanapun, Chauhan yang gagal pulang ke rumah pada hari berikutnya membawa kepada aduan orang hilang oleh bapanya, Asisten Komisioner Polis Delhi Yashpal Singh sebelum operasi mencari dijalankan.

Ketika siasatan berjalan, terbongkar bahawa pertikaian kewangan antara Chauhan dan Bhardwaj membawa kepada rancangan jahat untuk membunuh anaknya.

Bhardwaj mendakwa Chauhan mengambil pinjaman dan enggan membayar balik, menyebabkan ketegangan antara kedua-dua mereka.

Abhishek, yang ditahan selepas carian selama seminggu, mendedahkan bahawa Bhardwaj menjemputnya ke majlis perkahwinan dan berkongsi rungutannya mengenai Chauhan.

Kedua-dua mereka merancang untuk membunuh anak pegawai polis itu.

Selepas meninggalkan majlis perkahwinan pada tengah malam, mereka bertiga berhenti berhampiran Terusan Munak.

Mereka kemudiannya menolak Chauhan ke dalam terusan dan melarikan diri dari tempat kejadian dengan keretanya.

Sekembalinya mereka ke Delhi, Bhardwaj menurunkan Abhishek di Narela sebelum menghilangkan diri.

Abhishek kemudiannya ditahan, dan berdasarkan keterangan diberikan, polis mendaftarkan kes itu.

Polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan Bhardwaj. – AGENSI

Loading...
Terkini