comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian gelombang haba di Eropah melebihi 20,000 mangsa

Foto Reuters

PARIS: Angka kematian akibat gelombang haba pada musim panas di Perancis, Jerman, Sepanyol dan Britain meningkat melebihi 20,000 mangsa.

Suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius atau lebih tinggi dicatatkan di Paris sehingga ke London tahun ini.

Perancis melaporkan kira-kira separuh kematian yang melebihi jangkaan pada musim panas di Eropah Barat daripada lebih 10,000 kematian yang dicatatkan.

England dan Wales turut mencatatkan peningkatan kes kematian pada musim panas iaitu lebih 3,000 orang.

Manakala Sepanyol merekodkan hampir 6,000 kematian akibat gelombang haba di antara Jun dan Ogos.

Gelombang haba pada 2003 menyebabkan lebih 70,000 kematian di seluruh Eropah dengan sebahagian besarnya dicatatkan di Perancis. – REUTERS

Loading...
Terkini