comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian Insiden Bot Terbakar Di Indonesia meningkat Kepada 17 Orang

Foto: AFP

JAKARTA: Angka kematian tragedi bot yang membawa ratusan orang, terbakar di timur Indonesia meningkat kepada 17 orang.

KM Express Cantika 77 terbakar di luar pantai Pulau Timor di wilayah Nusa Tenggara Timur, Isnin lalu, menyebabkan penumpang terdesak melompat ke laut.

Bot itu belayar dari ibu kota wilayah Kupang ke bandar Kalabahi di Pulau Alor.

Ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, I Putu Sudayana berkata, angka kematian meningkat daripada 14 orang selepas tiga mayat ditemukan di laut sehari selepas kejadian.

Pasukan penyelamat mengesahkan, 312 mangsa terselamat dan menemui 17 mayat selepas kebakaran di laut.

Difahamkan operasi mencari akan diteruskan selama seminggu memandangkan jumlah penumpang masih belum dapat disahkan.

Kemalangan laut adalah perkara biasa di negara kepulauan Asia Tenggara yang memiliki sekitar 17,000 pulau, di mana piawaian keselamatan sering longgar.

Pada 2018, lebih 150 orang mati lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di Pulau Sumatera.

ENDS

Loading...
Terkini