comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka kematian meningkat 226 orang di Myanmar

MYANMAR: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Myanmar meningkat kepada 226 orang, manakala operasi mencari dan menyelamat 77 mangsa yang masih hilang dipergiatkan.

Peningkatan paras air menyaksikan limpahan sungai menenggelamkan kediaman penduduk.

Banjir susulan Taufan Yagi itu turut mengakibatkan kerugian besar dialami penduduk berikutan hampir 260,000 hektar sawah serta tanaman lain ditenggelami air.

Penduduk juga berdepan ancaman pokok dan tiang elektrik tumbang, selain pasukan penyelamat mengalami kesukaran akses beberapa laluan terputus.

Taufan Yagi melanda Myanmar membawa angin kencang dan hujan lebat sejak seminggu lalu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini