comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban akibat serangan Israel meningkat kepada 29,954

FOTO: Reuters

ANKARA: Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu melonjak kepada 29,954, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika serangan Israel terhadap Gaza memasuki hari ke-145, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, sekitar 70,325 lagi cedera dalam serangan terbabit.

Dalam tempoh 24 jam lalu, tentera Israel melakukan lapan “pembunuhan beramai-ramai” di seluruh Semenanjung Gaza, menyebabkan 76 orang terbunuh dan 110 lagi cedera.

Israel terus menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober, mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini