comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban banjir di Afghanistan melonjak kepada lebih 300 orang 

FOTO: Reuters

ISLAMABAD: Angka korban banjir buruk di Afghanistan melonjak kepada lebih 300 orang berbanding lebih 60 orang yang dilaporkan semalam.

Menurut Agensi Makanan Sedunia WFP di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, banjir turut mengakibatkan lebih 1,000 kediaman musnah.

Jurucakap kerajaan Taliban dalam pada itu dipetik berkata, banjir mengakibatkan sejumlah besar mangsa cedera dan hilang.

FOTO: Reuters

Tambah beliau, wilayah teruk terjejas ialah Badakhshan, Baghlan, Ghor dan Herat.

Banjir mengakibatkan kemusnahan besar dan jumlah kerugian yang tinggi.

FOTO: Reuters

Juga terdapat laporan kemusnahan infrastruktur termasuk jalan raya dan bekalan elektrik terputus di banyak wilayah.

Kerajaan Taliban turut mengarahkan semua pihak terlibat turut serta dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa yang cedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini