comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban banjir kilat, gelongsoran lumpur lava sejuk di Sumatera Barat meningkat ke-43 orang

JAKARTA: Hujan lebat pada Sabtu malam yang mencetuskan banjir kilat dan gelongsoran lumpur daripada lava sejuk yang mengalir daripada Gunung Marapi mengakibatkan 43 maut dan 15 lagi hilang di empat daerah di Sumatera Barat.

Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (14), Padang Pariaman (lapan) dan Daerah Padang Panjang (dua).

Setakat 1 tengah hari Isnin waktu tempatan, 15 orang masih lagi hilang terutamanya di Tanah Datar dan Agam, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Sekurang-kurangnya 1,159 orang di Agam dan 2,039 orang di Tanah Datar telah dipindahkan ke penempatan sementara untuk keselamatan mereka.

“Operasi dan menyelamat akan bersambung hari ini,” kata Jurucakap BNPB  Abdul Muhairi berkata sambil menambah angka korban mungkin berubah dengan laporan diterima meningkat.

Penduduk di tepi sungai Gunung Marapi digesa berwaspada untuk gelombang kedua dan berpindah ke tempat selamat sekiranya perlu.

Pos Pemerhatian Gunung Marapi melaporkan peningkatan curahan hujan sejak 8.35 malam waktu tempatan malam tadi di Stesen Batu Palano, kata Abdul Muhairi.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini