comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban di Gaza melebihi 41,500

Foto fail Reuters

ANKARA: Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak 7 Oktober 2023 mencecah 41,534 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di wilayah bergolak itu pada Khamis.

Kenyataan kementerian itu juga menyatakan bahawa seramai 96,092 orang telah cedera dalam serangan yang masih berterusan.

“Tentera Israel membunuh 39 orang dan mencederakan 86 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas,” kata kementerian itu.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” katanya.

Meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyeru gencatan senjata segera, Israel terus melancarkan serangan tanpa henti di Semenanjung Gaza selama hampir setahun sejak 7 Oktober tahun lalu.

Serangan itu telah menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah berkenaan terpaksa berpindah, sementara sekatan yang masih berjalan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.

Israel turut berdepan tuduhan melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza.- BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini