comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Angka korban gempa bumi China naik kepada 127 orang, lebih 530 cedera

GANSU: Angka korban gempa bumi kuat di barat laut China meningkat kepada 127 orang dengan lebih 530 lagi cedera.

Gempa 6.2 magnitud tengah malam semalam antara yang terburuk dicatatkan dalam tempoh beberapa tahun kelebakangan ini di kawasan pedalaman negara itu.

Usaha menyelamat mangsa berdepan kesukaran susulan kerosakan jalan raya dan infrastruktur selain cuaca sejuk yang melanda wilayah itu.

Laporan Al Jazeera mendedahkan sekitar 4,000 kediaman musnah, malah terdapat perkampungan penduduk yang ranap sepenuhnya.

FOTO: Reuters

Juga terdapat laporan bekalan elektrik terputus di beberapa penempatan penduduk lain.

Presiden Xi Jinping dalam pada itu mengarahkan usaha penuh dilakukan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Hampir 1,500 anggota bomba dikerah dalam operasi di kawasan terjejas.

Bantuan bekalan makanan dan minuman serta khemah turut disalurkan kepada penduduk terjejas. – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini