comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban gempa bumi Cianjur meningkat kepada 318 orang

FOTO: BNPB INDONESIA

JAWA BARAT, Indonesia: Angka korban bencana gempa bumi di Cianjur meningkat kepada 318 orang.

Lapan mayat baharu ditemui semalam yang tersenarai dalam mangsa yang hilang.

Daripada lebih 7,700 mangsa yang cedera, 108 masih dirawat di hospital akibat kecederaan parah.

Manakala mangsa yang cedera ringan pula telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Badan Bencana Indonesia BNPB mendedahkan, lebih 73,600 penduduk terpaksa berpindah dengan puluhan ribu kini menetap di 207 pusat perlindungan sementara.

Usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk terus dipergiat. Ini termasuk sumbangan barangan keperluan asas selain selimut, tilam, kit kebersihan dan khemah. – BNPB INDONESIA

Loading...
Terkini