comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban hampir 18,300 orang sejak 7 Oktober lalu

FOTO: Reuters

GAZA: Serangan bertali arus tentera Israel di Rafah dan Khan Younis hari ini ketika rejim itu memperluas operasi ketenteraannya di Selatan Gaza.

Lapor media Al Jazeera, serangan ke atas sebuah pangsapuri di Rafah meragut banyak nyama terutamanya kanak-kanak.

Turut jadi sasaran kem pelarian Nuseirat di wilayah tengah Gaza.

Peningkatan serbuan tentera rejim ke atas kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat juga semakin meningkat dengan banyak laporan kehilangan barangan termasuk wang dan barangan kemas.

FOTO: Reuters

Tidak cukup dengan itu, tentera rejin turut merosakan harta benda penduduk.

Turut jadi sasaran tentera rejim Kem Pelarian Balata di timur Nablus selain serbuan di daerah Shuba, Beitunia, Birseit, Yabat dan Sateh Marhaba.

Angka korban kini melonjak kepada hampir 18,300 orang termasuk 275 kematian yang dicatatkan di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini