comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka korban rakyat Palestin di Gaza lepasi 35,000 sejak 7 Oktober 

FOTO: Reuters

ANKARA: Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 79,366 orang lagi cedera dalam serangan kejam tentera rejim, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.- BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini