BEIRUT: Angka korban susulan konflik Pejuang Hizbullah dengan Israel sehingga kini mencecah 501 orang.
Perkara itu dinyatakan Hizbullah dalam satu kenyataan rasminya.
Israel sebelum ini melancarkan serangan udara di Beirut, mengorbankan 15 anggota Hizbullah termasuk bekas komander Pasukan Radwan, Ahmed Mahmoud Wahbi.
Ketegangan terus meningkat di sempadan selepas serangan udara Israel menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut.
Kumpulan pejuang itu menyatakan, bilangan anggotanya yang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu meningkat kepada 17 orang, termasuk komander kanannya Muhammad Hussein Ubeid dan Abbas Mahmoud Salih.
Dalam pada itu, rejim Israel dalam kenyataannya memaklumkan serangan udara ke atas Lubnan, yang menumpukan 290 tapak sasaran.
Rejim juga mendedahkan ribuan roket sedia untuk dilancarkan, termasuk pelancar roket dan artilerinya.
Ketegangan kian memuncak di sepanjang sempadan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kepimpinan Hizbullah di Beirut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.