comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka maut bot migran terbalik, meningkat kepada 20 orang

Foto: AP

GREECE – Pasukan penyelamat Greece  menemui 20 mayat migran yang lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika cuba menyeberang dari Turki ke Greece

Menurut pengawal pantai 36 orang masih hilang

12 orang berjaya diselamatkan namun mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa  seramai 68 orang yang berada di atas bot itu.

Menurut mangsa mereka berlayar dari Izmir, Turki sebelum bot itu mengalami masalah di laut yang bergelora dan akhirnya terbalik dan karam.

Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

Tragedi itu adalah yang terbaru dalam siri kapal migran yang karam di laut Greece yang menyebabkan puluhan orang hilang atau mati.

Loading...
Terkini