comscore
Tumpuan :
Dunia

Angka maut gempa dahsyat Maghribi meningkat kepada lebih 2,800

Foto: Reuters

MAGHRIBI: Angka maut akibat gempa dahsyat kini meningkat kepada 2,862 mangsa dengan 2,562 lagi cedera.

Rentetan bencana alam ini, penduduk kampung di lokasi terjejas terpaksa bermalam di luar rumah buat malam keempat.

Pasukan penyelamat yang diterbangkan dari Sepanyol, Britain dan Qatar turut menghulurkan bantuan buat Maghribi bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Dengan majoriti lokasi gempa sukar untuk dimasuki dengan kenderaan, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Di kampung Tinmel, majoriti kediaman musnah sama sekali menjadikan kesemua penduduk di situ kehilangan tempat tinggal.

Dipercayai masih ada mangsa terdiri manusia dan juga haiwan peliharaan serta ternakan masih terperangkap di bawah runtuhan.

Jumaat lalu, gempa berukuran 6.8 magnitud yang menggegar Pergunungan High Atlas telah menyebabkan kemusnahan dahsyat kediaman selain meragut banyak nyawa di Maghribi.

Loading...
Terkini