BEIRUT: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri dengan membawa bekalan penting seperti makanan, barangan perlindungan dan bekalan perubatan.
Bantuan itu adalah selaras dengan peranan kemanusiaan kerajaan Arab Saudi dalam menyokong rakyat Lubnan semasa menghadapi pelbagai krisis. – BERNAMA-SPA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.