comscore
Tumpuan :
Dunia

Arab Saudi salur dana AS$40 juta buat Palestin

Foto: Reuters

GAZA: Arab Saudi menyalurkan dana sebanyak AS$40 juta kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA).

Menurut Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman, dana itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan UNRWA di Gaza membabitkan penyediaan makanan untuk lebih 250,000 orang dan kemudahan khemah merangkumi 20,000 keluarga.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini berkata sumbangan itu mencerminkan solidariti berterusan Arab Saudi yang disifatkan sebagai penting dalam menangani keperluan terdesak penderitaan dihadapi rakyat Palestin.

Misi kemanusiaan dipergiatkan sejak kebelakangan ini termasuk bantuan digugurkan dari udara dan pelancaran koridor kemanusiaan maritim, bagaimanapun PBB serta agensi bantuan lain memberi amaran bahawa bantuan berkenaan masih belum mencukupi. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini