comscore
Tumpuan :
Dunia

Arahan pemindahan penduduk Fort McMurray ditarik balik selepas hujan redakan kebakaran hutan

ALBERTA: Pihak berkuasa Fort McMurray di Kanada menarik balik perintah pemindahan penduduk susulan kebakaran hutan yang mengancam nyawa mula beransur pulih selepas hujan melanda wilayah hab pengeluar minyak negara itu.

Datuk Bandar Fort McMurray, Sandy Bowman berkata lebih 6,000 penduduk dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun anggota bomba Alberta memaklumkan lebih 19,000 hektar kawasan hutan masih terbakar ekoran luar kawalan.

Namun pelbagai usaha dilakukan untuk mengelak daripada api terus marak.

Setakat ini, 114 kebakaran aktif direkodkan termasuk 42 di Alberta. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini