comscore
Tumpuan :
Dunia

AS beri jaminan tolak ‘pengusiran’ penduduk Gaza dari tanah air mereka

Foto: Reuters

AMMAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memberi jaminan kepada pemimpin Arab bahawa Washington menentang pemindahan secara paksaan penduduk Palestin dari Gaza atau Tebing Barat.

Jaminan itu diberikan ketika memulakan perbincangan mengenai masa depan Gaza apabila keganasan dihentikan.

Raja Jordan Raja Abdullah membangkitkan kebimbangan negaranya mengenai perpindahan paksa penduduk Palestin kepada Blinken dalam pertemuan mereka di Amman.

Israel meneruskan kempen ketenteraannya yang telah mengubah sebahagian besar Gaza menjadi runtuhan dan meninggalkan 2.3 juta penduduknya di ambang kehancuran dan kebuluran.

Menurut Blinken, orang awam Palestin tidak boleh ditekan untuk meninggalkan Gaza dan perlu kembali ke tanah air sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Blinken, dalam rangka lawatan ke Asia Barat di tengah kebimbangan yang kian memuncak berikutan keganasan rejim Israel yang meragut nyawa orang awam.

Blinken tiba di Jordan lewat pada Sabtu dan bertemu Raja Abdullah pada Ahad sebelum ke Qatar untuk pertemuan dengan Emir Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dan Perdana Menteri Mohammed bin Abdulrahman al-Thani.

Di Doha, Blinken berkata, perbincangan termasuk usaha membebaskan lebih 100 tebusan yang masih dipercayai ditahan oleh Hamas.

Loading...
Terkini