comscore
Tumpuan :
Dunia

AS bimbang situasi bantuan kemanusiaan ke Gaza

FOTO: Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan terhadap tahap bantuan kemanusian yang diterima Gaza.

Jurucakap Jabatan Negara AS , Matthew Miller memaklumkan Setiausaha Pertahanan AS sudah memaklumkan kebimbangan itu menerusi surat yang dikirim kepada sekutunya, Israel.

Miller menjelaskan bahawa surat tersebut adalah komunikasi diplomatik yang sepatutnya tidak didedahkan kepada umum, namun kini telah menjadi pengetahuan awam.

“Kami menganggap surat ini sebagai satu bentuk komunikasi peribadi yang tidak berniat untuk diumumkan dari pihak kami,” tambahnya.

Miller merujuk kepada surat yang ditulis pada April, di mana Blinken menyatakan kebimbangan tentang penurunan tahap bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dilihat mula menurun selepas mencapai tahap tertentu.

“Kami menegaskan bahawa tahap bantuan yang diterima adalah tidak memuaskan dan Israel perlu melaksanakan perubahan.

“Tahap bantuan telah jatuh lebih dari 50 peratus, dan kami meminta Israel untuk melakukan perubahan yang perlu agar bantuan ke Gaza meningkat semula,” ujar Miller.

Miller menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan segala halangan logistik serta birokrasi boleh diatasi.

Mengulas tentang situasi kemanusiaan di Gaza, Miller menyatakan harapan agar Israel dapat melaksanakan perubahan yang disarankan, dan dapat membawa kepada peningkatan kemasukan bantuan kemanusiaan yang mendesak.

Miller juga mengkritik Israel kerana tidak melindungi orang awam dan turut menentang pemindahan secara paksa penduduk dari Gaza serta sebarang pendudukan tetap ke atas wilayah itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini