comscore
Tumpuan :
Dunia

AS dan Perancis desak gencatan senjata 21 hari antara Israel dan Hizbullah

Foto: Reuters

BEIRUT: Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mendesak gencatan senjata dan jeda kemanusian selama 21 hari antara kumpulan pejuang Hizbullah dan Israel.

Menurut Koordinator Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan, Jeanine Hennis-Plasschaert, kedua-dua pihak telah melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB menerusi konflik tersebut.

“Resolusi 1701 yang diluluskan pada 2006 oleh Majlis Keselamatan PBB menetapkan misi pasukan pengaman untuk membantu tentera Lubnan menjaga kawasan sempadan selatan negara itu.

“Israel bebas daripada senjata atau anggota bersenjata, kecuali mereka yang merupakan sebahagian daripada pasukan negara Lubnan,” katanya.

Situasi itu telah menimbulkan ketegangan dengan Hizbullah yang disokong Iran, dan menguasai kawasan selatan Lubnan.

“Semua pihak dilarang melanggar Garis Biru, iaitu garis pemisah yang dipetakan oleh PBB antara Lubnan dan Israel serta Dataran Tinggi Golan yang diduduki oleh Israel.

“Kita memerlukan peta jalan yang realistik untuk pelaksanaan resolusi 1701 oleh kedua-dua pihak. Dan ini mesti merangkumi mekanisme pelaksanaan dan penguatkuasaan yang jelas,” tegasnya lagi.

Menurutnya, kegagalan atau ketidakpatuhan terhadap resolusi 1701 sepanjang 18 tahun yang lalu adalah faktor utama menyebabkan ketegangan berterusan di kawasan tersebut.

Amerika Syarikat dan Perancis mencadangkan gencatan senjata selama 21 hari pada September lalu. Namun, usaha tersebut terhenti apabila Israel melancarkan serangan bom besar-besaran ke selatan Beirut, yang mengorbankan turut mengorbankan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun, Hennis-Plasschaert berkata gencatan senjata yang direncanakan itu kini berada di meja rundingan antara Amerika Syarikat dan Perancis dan berkemungkinan tidak ditolak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini