comscore
Tumpuan :
Dunia

AS serang Yaman pada hari pertama Ramadan

Helikopter Huthi menuju kapal dagang di Laut Aden dalam kejadian bulan lalu. – FOTO: Agensi

ADEN: Tentera gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Britain menyerang pelabuhan Hodeidah di Yaman yang dikawal pejuang Houthi, pada hari pertama Ramadan.

Stesen televisyen yang dikendalikan Houthi melaporkan sekurang-kurangnya 17 bedilan terkena di bandar pelabuhan itu dan kawasan lain di pantai barat pada Isnin.

Serangan tentera gabungan AS dan Britain pada Isnin, susulan kematian orang awam pertama dan kehilangan kapal sejak Houthi yang bersekutu dengan Iran mula menyerang kapal dagang sejak November lalu.

Bedilan berlaku pada hari pertama bulan suci Ramadan yang menjadi permulaan ibadat puasa umat Islam.

Stesen televisyen Al Masirah tidak menyatakan sasaran serangan tetapi menyatakan empat daripada serangan itu berlaku di pelabuhan Ras Issa.

Di sebalik tindakan daripada gabungan AS-Britain dan tentera laut lain, Houthi meningkatkan siri serangan ke atas kapal dagang di laluan perkapalan paling sibuk di dunia, menandakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang diserang di Gaza dalam perang Israel dengan Hamas.

Rabu lalu, tembakan peluru berpandu Houthi membunuh tiga kelasi kapal Barbados, True Confidence dalam serangan di pelabuhan Aden.

Bedilan itu beberapa hari selepas kapal kargo Rubymar karam, kapal yang terkandas kira-kira dua minggu selepas terkena peluru berpandu Houthi pada 18 Februari lalu.

Banyak kapal terpaksa menggunakan laluan jauh dan mahal di Tanjung Harapan Afrika Selatan untuk mengelakkan laluan berbahaya melalui Teluk Aden, Laut Merah dan Terusan Suez sekaligus ia mengakibatkan peningkatan kos penghantaran secara mendadak. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini