comscore
Tumpuan :
Dunia

AS$8 sebulan untuk Twitter ‘blue tick’

Jutawan teknologi Elon Musk mencadangkan bayaran AS$8 sebulan akan dikenakan bagi akaun ‘blue tick’ Twitter.

Musk melalui Twitternya menyebut, “Sistem semasa Twitter bagi sesiapa yang mempunyai atau tidak mempunyai tanda semak biru merupakan omong kosong. Kuasa kepada rakyat! Biru untuk $8/bulan”.

Menurut Agensi Anadolu beliau berkata yuran langganan itu diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli.

Pengguna akan mendapat keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian, yang katanya penting untuk mencegah spam dan penipuan.

Pemilik tanda itu juga akan mempunyai keupayaan untuk menyiarkan video dan audio yang panjang dan hanya melihat separuh daripada iklan yang banyak disiarkan, katanya.

Ia juga akan mempunyai laluan untuk melepasi paywall untuk penerbit yang bersedia bekerjasama dengan media sosial itu.

Musk pada mulanya menghadapi kritikan kerana rancangannya untuk mengenakan bayaran AS$19.99 sebulan kepada pengguna untuk mendapatkan atau menyimpan akaun yang disahkan.

Namun setakat ini, Musk belum memperincikan rancangan tepat untuk visi Twitternya namun dijangka melonggarkan beberapa terma peraturan, selain mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh.

Loading...
Terkini