comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tapak pelupusan sampah Kayu Madang terbakar, asap tebal menjulang ke udara

Kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Asap tebal menyelubungi tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok di sini, sejak petang tadi.

Kejadian berlaku akibat longgokan tayar di kawasan itu terbakar sebelum merebak ke kawasan pengumpulan sampah-sarap.

Asap tebal menjulang tinggi ke udara hingga dapat dilihat dari pusat bandar raya dan sekitarnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.19 petang.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu segera dikerahkan ke lokasi.

Siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan kawasan tapak pelupusan sampah berkeluasan 0.809 hektar.

Operasi pemadaman masih giat dilakukan setakat jam 8 malam tadi.

Punca kebakaran masih disiasat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah turut berada di lokasi kebakaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini