comscore
Tumpuan :
Dunia

ASEAN bimbang peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea

Foto: Reuters

‎VIENTIANE: Peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea antara perkara yang dibincangkan pada pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN, (AMM) di Laos.

Blok berkenaan menyuara kebimbangan terhadap lonjakan ujian peluru berpandu balistik antara benua Korea Utara dan pelancaran peluru berpandu balistik.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan pemukiman berkenaan berkata perkembangan itu membimbangkan yang mengancam keamanan dan kestabilan serantau.

Foto: Reuters

Susulan itu, barisan menteri luar ASEAN menggesa Korea Utara mengambil langkah meredakan ketegangan dan menyeru semua pihak terlibat mengadakan rundingan secara aman.

Ia termasuk mewujudkan persekitaran kondusif ke arah merealisasi keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Semenanjung Korea tanpa ancaman nuklear.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini