comscore
Tumpuan :
Dunia

Asiana Airlines henti jualan tempat duduk dekat pintu kecemasan

FOTO: REUTERS

SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines menghentikan penjualan tempat duduk di bahagian pintu kecemasan pesawat.

Langkah itu diambil susulan insiden seorang penumpang membuka pintu kecemasan ketika pesawat belum mendarat.

“Bermula Ahad, tempat duduk kecemasan 31A dan 26A dalam pesawat 14 A321-200 tidak lagi ditawarkan untuk dijual.

“Sebagai keselamatan, langkah ini akan terpakai walaupun penerbangan penuh,” kata syarikat penerbangan itu.

Kejadian berlaku kepada pesawat Airbus A321-200, yang membawa hampir 200 penumpang ketika menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 kilometer di Tenggara Seoul.

Pesawat berkenaan bagaimanapun mendarat dengan selamat tetapi beberapa penumpang dimasukkan ke hospital tanpa kecederaan serius.

Suspek ditahan pihak berkuasa di Daegu kerana didakwa melanggar undang-undang keselamatan penerbangan.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki berusia 30-an itu, memberitahu polis, dia ingin keluar dari pesawat kerana berasa lemas duduk lama dalam kabin.

Loading...
Terkini