comscore
Tumpuan :
Dunia

Asif Ali Zardari bakal dilantik Presiden Pakistan baharu

 

Asif Ali Zardari pernah dilantik Presiden Pakistan pada tahun 2008. – Foto: Reuters

ISLAMABAD: Asif Ali Zardari, suami kepada perdana menteri wanita pertama Pakistan yang dibunuh, Benazir Bhutto, bakal dilantik selaku Presiden Pakistan buat kali kedua.

Perkara berkenaan dipersetujui dalam perbincangan sebelum ini yang menetapkan ahli parlimen yang baru mengangkat sumpah akan mengundi Asif di bawah terma perjanjian kerajaan gabungan.

Di bawah perjanjian itu, Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Asif akan memegang jawatan presiden, manakala Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz memperoleh jawatan perdana menteri untuk Shehbaz Sharif, yang mengangkat sumpah Isnin lalu.

Asif, 68 tahun yang berkhidmat buat kali pertama selaku presiden pada 2008 hingga 2013 memulakan reformasi perlembagaan yang mengembalikan kuasa presiden.

Selain itu, kerjaya politik beliau juga pernah dicemari dengan pelbagai dakwaan rasuah dan lain-lain, termasuk rancangan penculikan yang tidak masuk akal dan menerima sogokan barang kemas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini