comscore
Tumpuan :
Dunia

Australia dijangka alami musim sejuk lebih panas tahun ini

SYDNEY: Australia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa semasa musim sejuk yang akan datang tahun ini, menurut pihak berkuasa pada Khamis.

Dalam ramalan jangka panjang terbarunya, Biro Meteorologi Australia (BOM) menyatakan bahawa suhu pada siang dan malam berkemungkinan besar lebih tinggi berbanding purata di seluruh negara dari Jun hingga Ogos, lapor Xinhua.

“Ini berikutan musim luruh yang lebih panas daripada biasa bagi kebanyakan bahagian Australia dan membawa keadaan yang sangat kering ke bahagian selatan negara dan barat daya Australia Barat,” kata BOM.

Data awal mencadangkan bahawa purata suhu musim luruh tahun ini adalah sekitar 0.5 darjah Celsius melebihi purata 1961-1990, dengan hampir setiap negeri dan wilayah, kecuali Wilayah Utara, merekodkan bacaan purata melebihi purata.

Selepas musim luruh yang panas dan basah, musim sejuk akan menyaksikan peningkatan kemungkinan suhu maksimum yang luar biasa tinggi di seluruh benua, dengan empat kali ganda kebarangkalian biasa di kebanyakan bahagian timur, selatan dan jauh
di utara Australia.

Bagi hujan, BOM meramalkan bahawa majoriti Australia akan mengalami hujan yang biasa untuk tempoh musim sejuk.

Menurut biro cuaca, hujan melebihi purata berkemungkinan berlaku di bahagian barat dan beberapa kawasan selatan tengah. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini