comscore
Tumpuan :
Dunia

Bandar Chaplyne Dibedil Tentera Rusia, 22 Maut

FOTO: Reuters

KYIV: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan roket Rusia ke atas bandar kecil Chaplyne, selain sasaran turut mengenai sebuah kereta api, semalam.

Lebih menyedihkan, insiden berlaku ketika negara itu sedang meraikan ulang tahun kemerdekaan daripada pemerintahan Kesatuan Soviet yang pernah dikuasai Moscow.

Sehari sebelum kejadian, Presiden Volodymyr Zelensky memberi amaran, risiko provokasi Rusia yang menjijikkan menjelang hari kemerdekaan.

Dalam ucapan videonya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zelensky berkata, roket itu menghentam sebuah kereta api di bandar kecil Chaplyne, kira-kira 145 kilometer dari barat Donetsk yang diduduki Rusia di timur Ukraine.

Empat gerabak terbakar dan setakat ini 22 orang disahkan maut.

Pembantu Zelensky, Kyrylo Tymoshenko dalam satu kenyataan mengesahkan, tentera Rusia membedil Chaplyne sebanyak dua kali.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam pada itu enggan memberikan kenyataan balas.

Loading...
Terkini