comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangkok dilanda banjir

FOTO: Reuters

THAILAND: Bangkok dilanda banjir susulan hujan lebat yang melanda bandar itu.

Beberapa kawasan pasar malam dilihat digenangi air sehingga ke paras lutut.

Menurut laporan Bangkok Post, hujan lebat selama tujuh jam sehingga jam 7 malam tadi menyaksikan daerah Phra Khanong mencatatkan rekod tertinggi dengan bacaan 120 milimeter hujan.

Diikuti daerah Klang Toey dengan bacaan 114 milimeter dan Bang Na 68 milimeter hujan.

Agensi Kaji Cuaca Tempatan turut meramalkan taburan hujan lebat di bandar itu sehingga hujung minggu ini.

Loading...
Terkini