comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangkok siap siaga hadapi peningkatan tahap pencemaran

BANGKOK: Penduduk Bangkok bersiap siaga untuk berdepan peningkatan aras pencemaran pada tahap PM2.5 minggu ini.

Media tempatan melaporkan, pakar alam sekitar meramalkan, keadaan dijangka bertambah buruk sehingga 17 Januari.

Susulan itu, Jabatan Kawalan Pencemaran (PCD) Thailand menggesa orang ramai bekerja dari rumah sehingga tarikh itu bagi mengelak pencemaran lebih buruk.

Bangkok Post melaporkan, Pentadbiran Metropolitan Bangkok meminta sekolah mewujudkan bilik bebas habuk di semua tadika dan sekolah.

Agensi itu juga meningkatkan pemeriksaan terhadap semua sumber pencemaran di dalam bandar.

Ketua Pengarah PCD, Preeyaporn Suwanakate, berkata kepekatan bahan pencemar itu terus meningkat ekoran aliran udara yang lemah di banyak kawasan di Bangkok.

Suwanakate berkata, Bangkok kini menerima angin dari selatan, yang dijangka digantikan dengan angin dari timur dan timur laut, dan ia akan mengangkut bahan pencemaran dari wilayah lain ke bandar.

Dalam pada itu, The Nation Thailand melaporkan, Thailand berdepan bahana kebakaran hutan di dalam negara dan negara berhampiran.

Loading...
Terkini