Tumpuan :
Dunia

Bangunan 4 tingkat runtuh, kanak-kanak perempuan 7 tahun maut

FOTO: Reuters

INDIA: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut manakala sejumlah lagi cedera dalam runtuhan sebuah bangunan empat tingkat di New Delhi.

Insiden berlaku kira-kira jam 6.55 petang waktu tempatan.

Lapor media tempatan, 12 orang telah diselamatkan termasuk empat kanak-kanak dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis bagi kawasan Utara Delhi, Raja Banthia menyatakan 12 hingga 15 orang mungkin masih terperangkap di dalam runtuhan.

“Menurut maklumat yang kami terima, sebuah bangunan empat tingkat yang baru dibina, meliputi kawasan seluas 167 meter persegi, telah runtuh di Kaushik Enclave, Burari,” kata Banthia.

Bangunan berkenaan yang separa siap dihuni oleh pekerja bersama keluarga mereka. – REUTERS/NEWS9LIVE

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini