comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangunan bersejarah bursa saham Denmark terbakar

Foto: Reuters

COPENHAGEN: Bangunan bersejarah bursa saham Denmark di ibu negaranya, Copenhagen terbakar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bahagian atas menara bangunan itu yang terbakar runtuh pada pagi Selasa. Beberapa jalan dan kawasan sekitar bangunan itu telah ditutup, kata polis.

Asap tebal dan api yang marak dapat dilihat datang daripada dalam bangunan. Polis Copenhagen berkata kawasan itu akan ditutup dalam jangka masa tertentu.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan. Bangunan itu siap dibina pada 1625 dan antara bangunan tertua di sini. Bangunan itu sedang menjadi proses pengubahelokan dan diliputi dengan perancah.

Pengubahelokan itu adalah bagi membetulkan kerja-kerja yang dijalankan pada abad ke-19 dan membaik pulih muka bangunan itu kepada rupa asalnya. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini