BEIRUT: Sebuah bangunan dilapor ranap menyembah bumi di pinggir bandar selatan Beirut pada pagi tadi waktu tempatan, ketika Israel melancarkan serangan baharu di bandar itu.
Kepulan asap hitam tebal naik ke atas ibu kota Lubnan di mana letupan boleh didengari.
Sebuah bangunan dilapor ranap menyembah bumi di pinggir bandar selatan Beirut pada pagi tadi waktu tempatan, ketika Israel melancarkan serangan baharu di bandar itu.
Video: Reuters pic.twitter.com/QYbwRui21p
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 17, 2024
Kementerian kesihatan Lubnan berkata, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 3,452 orang hingga Jumaat (15 November) sejak 7 Oktober 2023.
Angka kematian kebanyakannya meningkat sejak akhir September lalu.
Angka tersebut juga tidak membezakan antara korban orang awam dan pejuang Hizbullah. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.