comscore
Tumpuan :
Dunia

Bangunan kediaman di Khan Younis dibedil Israel, 13 maut

KHAN YOUNIS: Selepas mengepung Hospital Al-Shifa dan memusnahkan bangunan wad jantung pada hospital terbabit, tentera rejim terus mengganas dalam serangan di Gaza hari ini.

Terbaharu, sebuah bangunan kediaman di Khan Younis dibedil oleh Israel.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan 13 rakyat Palestin maut dalam serangan terbabit manakala angka mangsa cedera belum dapat dikenal pasti.

Kesemua mangsa yang cedera termasuk kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Al-Nasser.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan saksi kejadian mendakwa lantai pada bangunan kediaman berkenaan bergegar sebelum letupan berlaku.

Untuk rekod, Al jazeera pernah mendedahkan Israel menggunakan bom seismik dalam serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat sebelum ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 11,078 warga Palestin terbunuh di Gaza sementara sekurang-kurangnya 183 lagi dibunuh rejim Tel Aviv dalam serangan di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

SUMBER REUTERS, AL JAZEERA

Loading...
Terkini