
MOSCOW: Bangunan di tengah Moscow dilapor rosak dengan tingkap kacanya pecah, ketika ibu negara Rusia itu menjadi sasaran serangan dron yang didakwa dilancarkan oleh pihak Ukraine.
Tentera Rusia berkata, unit anti-pesawatnya telah menggagalkan “serangan pengganas” Ukraine dan dron yang dijatuhkan menyasarkan Moscow.
Bagaimanapun satu daripada dron itu, di luar kawalan oleh unitnya, lalu terkena serangan pada bangunan pencakar langit tersebut awal minggu ini.
Sebelum ini, Moskva Citi turut dilanda serangan dron pada Ahad lalu, salah satu daripada beberapa insiden yang menyebabkan kerosakan terhad pada infrastruktur tetapi menimbulkan keresahan yang meluas.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata sehari selepas kejadian itu, serangan Ukraine ke atas Moscow dan sasaran ke atas Rusia yang lain adalah “tindakan terdesak” dan Rusia kini sedang mengambil semua langkah perlu untuk menangkis serangan daripada tentera Ukraine. – REUTERS