comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir besar dekat Laut Hitam ragut dua nyawa

FOTO: Reuters

BULGARIA: Dua dilaporkan maut dalam kejadian banjir besar yang melandar Tsarevo, dekat wilayah Laut Hitam.

Ekoran kejadian hujan lebat berterusan yang melanda, kerajaan mengisytiharkan perintah darurat selain turut bertindak memindahkan 60 orang penduduk ke pusat penempatan sementara.

FOTO: Reuters

Perdana Menteri Nikolai Denkov bakal mengadakan sidang media berkaitan bencana alam ini untuk sebarang perkembangan terkini kejadian banjir.

Selain jalan raya digenangi air bah, kereta turut terkandas selain ada antaranya tenggelam sama sekali.

Loading...
Terkini