comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir cetuskan masalah trafik di Lubnan

FOTO : AFP

JOUNIEH, Lubnan: Banjir mencetuskan masalah trafik di Lubnan dengan puluhan kenderaan ditenggelami air.

Bandar Jounieh yang terjejas menyaksikan limpahan air ke jalan raya.

Pemandu kereta serta kenderaan berat terpaksa mencari laluan alternatif bagi mengelak kesesakan trafik.

Lubnan yang berdepan masalah ekonomi sejak beberapa tahun lalu tidak dapat menaik taraf infrastruktur jalan raya selain menyaksikan kehidupan penduduknya terjejas.

Banjir buruk pada Oktober lalu turut meragut nyawa penduduk dengan beberapa bandar di sekitar pantai Laut Mediterranean teruk terjejas.

Bencana itu turut menyebabkan gangguan perkhidmatan bekalan elektrik serta kerosakan harta benda penduduk.  – AP

Loading...
Terkini