comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir di Poland ragut nyawa penduduk

FOTO: Reuters

POLAND: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam banjir teruk yang melanda daerah Klodzko di barat daya Poland.

Ia selepas hujan lebat berterusan menyebabkan sungai di daerah ini melepasi paras rekod tinggi sekali gus memaksa 1,600 orang berpindah

Bandar Klodzko yang mempunyai populasi sekitar 25,000 orang kini sebahagianya ditenggelami air

Kira-kira 17,000 isi rumah di daerah ini mengalami gangguan bekalan elektrik dan sambungan mudah alih tidak disediakan di beberapa kawasan.

FOTO: Reuters

Perdana Menteri Donald Tusk hari ini telah mengadakan mesyuarat kecemasan dengan pasukan pengurusan krisis di bandar Klodzko untuk menilai keadaan dan merancang langkah-langkah bantuan yang diperlukan

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan sedang berusaha untuk memberikan bantuan kecemasan dan menguruskan situasi dengan sebaik mungkin.

Lebih banyak hujan diramalkan hari ini (15 September) dan Isnin (16 September), yang dijangka akan memburukan lagi keadaan banjir. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini