comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir Guangdong: Lebih 110,000 penduduk dipindahkan

FOTO: Reuters

GUANGDONG: Banjir yang semakin buruk yang melanda wilayah Guangdong, China memaksa lebih 110,000 penduduk dipindahkan.

Daripada jumlah itu, hampir 26,000 orang berada di pusat perlindungan sementara.

Angka korban kekal sama dengan anggota penyelamat antara empat yang dilaporkan terbunuh.

FOTO: Reuters

Usaha mencari 10 mangsa yang hilang masih diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Juga terdapat laporan tanah runtuh di utara wilayah ini yang mengakibatkan enam penduduk cedera.

FOTO: Reuters

Di wilayah sama, Delta Sungai Pearl yang menempatkan empat stesen kaji cuaca merekodkan rekod baharu taburan hujan manakala 44 sungai kini melepasi paras bahaya.

Dalam pada itu, Jabatan Kaji Cuaca tempatan turut meramalkan taburan hujan lebat bakal melanda Guangdong minggu depan. – THE GUARDIAN/ CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini