MADRID: Sebuah terowong di lebuh raya di daerah L’Ametlla de Mar, timur laut Sepanyol dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda.
Kejadian ini dirakam pengguna lebuh raya yang menunjukkan aliran air deras melimpahi terowong itu.
ROLL VT
Keadaan ini menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti di pinggir lebuh raya dan tidak melalui terowong berkenaan.
Sementara itu, hujan lebat luar biasa turut melanda beberapa kawasan di Catalonia.
Amaran cuaca buruk juga dikeluarkan pihak berkuasa untuk beberapa kawasan di Tarragona dan Salou.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.