TATA: Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di wilayah selatan Maghribi mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 kematian, menurut laporan pihak berkuasa.
Kejadian banjir yang berlaku pada hari Sabtu lalu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang masih hilang.
Kumpulan mangsa yang terkorban termasuk tiga warganegara asing dari Sepanyol, Kanada, dan Peru.
Banjir telah merosakkan 56 rumah dan 110 jalan raya selain turut menjejaskan bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi.
Rakaman video yang dikeluarkan menunjukkan usaha menyelamat sedang dijalankan di Aoukerda, sebuah kawasan di wilayah Tata.
Media Reuters berjaya mengesahkan lokasi video pertama sebagai Aoukerda berdasarkan bentuk dan kedudukan gunung, masjid, serta bangunan yang sepadan dengan imej fail dan imej satelit kawasan itu namun tarikhnya tidak dapat disahkan.
Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat kini giat bekerja untuk menangani kerosakan dan membantu mangsa banjir yang terjejas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.