ROMANIA: Sekurang-kurangnya empat maut di timur Romania selepas hujan lebat mencetuskan banjir hari ini.
Banjir di negara terbabit telah menjejaskan 19 kampung di lapan daerah.
Negara-negara di seluruh Eropah tengah dan timur menghadapi peningkatan paras air sungai dan hujan lebat yang berterusan.
Perdana Menteri Romania Marcel Ciolacu dalam perjalanan ke daerah Galati, di mana empat mangsa ditemui maut.
Kementerian alam sekitar melaporkan banjir kilat melebihi 150 liter setiap meter persegi dalam masa kurang 24 jam di kawasan itu.
Beberapa bandar di sepanjang sempadan Czech-Poland melakukan pemindahan apabila sungai melepasi paras berjaga-jaga.
Lebih banyak hujan diramalkan di rantau ini, termasuk selatan Jerman dan sebahagian Austria, Republik Czech, Poland, Slovakia dan Hungary dalam beberapa hari akan datang. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.