comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir melanda Albania, 2 maut

FOTO: REUTERS

SHKODRA: Sekurang-kurangnya dua maut apabila kawasan perkampungan di barat laut Albania dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Kedua-dua mangsa, seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya 18 tahun maut setelah kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan arus air bah sewaktu sedang melalui kawasan pergunungan dekat Shkrel.

Turut bersama-sama mereka, adalah anak perempuan berusia 14 tahun yang berjaya diselamatkan penduduk tempatan.

Mayat bapa dan abangnya bagaimanapun masih belum ditemui sehingga kini.

Ratusan hektar wilayah Shkodra dan Leezha dilapor telah dinaiki air.

Sekitar 50 keluarga terpaksa dipindahkan oleh pihak berkuasa ke kawasan penempatan sementara.

Loading...
Terkini