comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir ragut 3 nyawa, hampir 60,000 penduduk dipindahkan di Guangdong

FOTO: Reuters

CHINA: Tiga maut manakala hampir 60,000 penduduk dipindahkan di wilayah paling padat dengan penduduk di Guangdong.

Usaha mencari 11 penduduk yang hilang sedang giat dijalankan.

Kebanyakan kawasan di Guangdong adalah delta tanah rendah yang mudah dilanda banjir.

Antara bandar paling teruk terjejas Guangzhou, Shaoguan dan Heyuan.

Media melaporkan beberapa insiden tebing sungai pecah dengan paras air melebihi paras bahaya.

Puluhan kediaman ranap atau rosak teruk dengan anggaran kerugian sektor ekonomi mencecah 140 juta Yuan atau lebih RM92 juta.

Juga terdapat laporan jadual penerbangan yang terpaksa ditunda atau dilencongkan ke bandar lain.

Manakala sekolah juga diarah tutup di sekurang-kurangnya tiga bandar. – BBC

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini