comscore
Tumpuan :
Dunia

Banjir & tanah runtuh ragut 5 nyawa di utara Sulawesi

Foto: BNPB Indonesia

INDONESIA : Sekurang-kurangnya lima maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda Kota Manado, utara Sulawesi.

Susulan itu, darurat diisytikarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Banjir mengakibatkan kira-kira 400 kediaman ditenggelami air di 34 penempatan .

Banjir turut mengakibatkan lebih 9,300 penduduk terjejas dengan satu kematian dicatatkan.

Foto: BNPB Indonesia

Dalam pada itu, kejadian tanah runtuh pula meragut empat nyawa dan mencederakan tiga yang lain.

63 keluarga terjejas di 22 penempatan penduduk. Juga terdapat laporan 53 kerosakan kediaman dan satu rumah ibadat.

Kejadian banjir dan tanah runtuh juga memaksa lebih seribu penduduk berpindah dengan daerah Singkil mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 460 orang.  – BNPB INDONESIA

Loading...
Terkini