comscore
Tumpuan :
Dunia

Bapa mentua sahkan Mahalini bakal peluk agama Islam

JAKARTA: Susulan kekecohan mengenai berita pernikahan, pasangan penyanyi Rizky Febian – Mahalini.

Pelawak Indonesia, Sule yang juga bapa kepada Rizky tampil memaklumkan bakal menantunya itu akan memeluk Islam sebelum melangsungkan perkahwinan pada 8 Mei ini.

Dalam masa yang sama, Sule, turut menegaskan khabar pernikahan pasangan popular itu di Bali, Indonesia semalam adalah tidak benar.

“Berita yang tersebar tentang majlis resepsi adalah tidak benar sama sekali.

“Selepas ini (8 Mei) baru akan ada acara pernikahan,” katanya.

Kata Sule majlis keramaian tersebut adalah upacara mepamit iaitu adat meminang atau meminta izin keluarga untuk menikahi Mahalini.

Dalam pada itu Sule menambah, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk memeluk agama Islam.

“Acara mepamit pamitan dari keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini (Mahalini) meminta izin dia akan berpindah agama dan sudah diizinkan serta diperbolehkan untuk menikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta,” katanya menerusi hantaran video di platfrom Youtubenya,

Sebelum ini, isu perbezaan agama menjadi pertikaian susulan berita pernikahan antara Mahalini dan Rizky yang berbeza agama.

Pasangan yang sudah lebih setahun menjalin cinta sudah melangsungkan pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini